Sunday, November 21, 2010

Rasa Hati

Setiap malam aku selalu terfikir adakah keputusan yang aku lakukan ini betul untuk melepaskan dia. Terlalu pedih untuk aku kenang dan terlalu perit untuk aku simpan . Sehingga kadang-kadang aku mengalirkan air mata seorang diri memikirkan semua ini, semakin jauh aku lari daripada bayangannya semakin dekat aku rasa hatinya medekati diri ku, mungkin aku tidak tahu apa yang dia rasakan sekarang tapi naluriku dalam merasakannya. Semakin hari sikapku semakin Berubah, menjadi aku yang dulu, kerana aku rasakan perempuan semuanya sama tak pernah menghargai cinta, tapi aku bukanlah budak-budak yang berfikiran kolot sebegitu, kerana manusia bukanlah sempurna.

Banyak pengalaman yang aku dapat semasa bersama, cinta bersama mu telah banyak mengajar aku erti
Kesetian, Kejujuran, Kepercayaan dan Keikhlasan.

Aku pernah katakan agar dia mencari yang lain kerana aku bukanlah orang yang terbaik dan bukanlah orang yang dapat menggembirakan dirinya aku hanya tahu mengalirkan air mata bila dikecewakan, tetapi tersirat di lubuk hatiku inginkan dia sentiasa ada denganku temani hari-hariku. tapi mungkin kau tak mengerti isi tersirat ini sehingga ke hari ini aku masih menanti diri mu kerana kerinduan yang aku lalui ini teratas hidupku. Perlukah aku melalui perubahan ini selamanya dan menyatakan yang kau takkan mungkin kembali di dalam hidupku? Adakah ini pengorbanan? Melewati suka dan duka ku tanpa kehadiran kau lagi disisiku.


Bibir ini telah melafazkan PERPISAHAN darimu, tapi hati ini tidak!



Mengapa Kasih
Mengapa Sayang
Mengapa Chintaku

Mengapa kau tak ingin berubah, sikap kau telah menghancurkan 
Hatiku Jiwaku Hidupku .



Pernah dulu kau sinarkan cahaya dalam hidupku, mengalirkan cinta di dalam diriku, menghiasi alam fantasiku dengan angan-anganmu, keindahan itu semakin pudar sayangku, tiada lagi aku rasakan semua itu. Aku berharap agar kau akan menyedari semua ini bila kau mengerti erti CINTA sebenar.


3 comments:

  1. weh weh, walaupun keadaan kita tak sama tapi tia harap sangat DIA pun seperti anda. masih menanti sehingga hari ini kannn ;)

    ReplyDelete
  2. kadang ada sebab kenape kita terfikir untuk berpisah dengan orang tu..mungkin hasrat tu adalah dari allah kerana ia bukn terbaik untuk kamu...

    ReplyDelete
  3. ha..entry ni nak same ngan kisah shah..hm..pape pon sume tu mesti ad hikmah..mungkin tu hanya rasa..tapi hati tetap syng sbenarnya..

    ReplyDelete