Monday, December 6, 2010

Satu . One .Uno . एक . ένας . 한 .

M u n g k i n BENAR | M u n g k i n TIDAK
********************************************************
Satu kebahagian yang dicari didalam hidup yang fana ini
Menjadi satu penantian yang tidak tahu sudahnya
Keinginan membuat kita untuk terus berusaha untuk mencapai sesuatu
Setiap kehidupan ada suka dan dukanya yang tidak dapat kita jangka
Aku berharap dapat menghadapi setiap duka yang melanda
Setiap suka yang tercipta akan ku jadikan cahaya menerangi hidup ini

Ketika kehadiran satu bintang yang tidak dijanka
Ianya menjadi pelangi menghiasi tiap hari hidup ini
Luka-luka lama kian terubat dengan kehadirannya
Hari demi hari kerinduan mula terukir untuk dirinya

Adakah ini satu kebahagian
Benarkah itu Cinta
Masih aku mencari jawapannya

Satu kemahuan yang sukar untuk aku miliki
Tapi tidak semudah itu untuk aku mengalah 
Tidak akan aku terus pergi melepaskannya
Mungkin ini telah tertulis mungkin ini takdirnya

Satu kisah cinta yang terhasil antara duka dua jiwa
Dapatkah dia merasakan apa yang telah aku rasakan kini
Harapan aku taburkan untuknya yang tidak aku tahu hujungnya
Mungkinkah ini melodi yang aku cari selama ini untuk aku nyanyikan lagunya
Jika dia benar milikku dan suratan ini yang telah tertulis untuk diriku
Akan aku lakukan semampu diriku untuk semua keinginannya


Melodi terindah terhasil dari keikhlasan dan kebijaksanaan penciptanya
Kebahagian yang dicari hanya mampu tercipta kerana cinta antara dua jiwa
Setiap apa yang aku hasilkan akan sentiasa menjadi warna hidupku
Aku akan sentiasa hasilkannya kerana ini cahaya hidupku
Dan aku hanya satu tiada yang kedua


 k h a i r u l f i k r i s a a d

Wednesday, December 1, 2010

Yang Lain

C i n t a Itu Indah Dimiliki
&
Tidak Mungkin Dapat Dilupakan
*************************************
Ramai orang suruh aku cari cinta yang lain, ingat senang ke nak mencintai seseorang yang kita baru kenal, kalau dah lama kenal pun susah juga nak serasi, senang cerita nak mengukir satu cerita baru memang susah bila orang yang sebelum ni sangat² aku cintai & sayangi. Betullah orang cakap jodoh pertemuan Allah yang tentukan, tapi aku tak berharap untuk mencintai sesiapa buat masa sekarang, mungkin aku akan fokus pada pelajaran aku yang tak seberapa ni dulu, bagi aku cinta penting dan pelajaran juga penting, orang yang gila je rasa cinta itu tak diperlukan. Sedangkan Allah s.w.t menciptakan lelaki dan perempuan untuk saling mengasihi dan menjaga antara satu sama lain. Aku sebenarnya tak pernah terfikir langsung yang kisah aku ni akan berakhir juga, sedangkan aku impikan dia akan bersama dengan aku sehingga nafas terakhir aku, inilah takdir yang telah tertulis untuk kisah aku ini.

Perasaan macam ni tak pernah lagi aku rasakan sebenarnya, inilah yang pertama kali aku mencintai seseorang sepenuh hati aku, sebab selama ni tak pernah jumpa yang serasi, walaupun kadang² tak lah serasi mana aku dengan dia(noorul asyikeen salleh) heE, biasalah manusiakan mestilah berubah bila meningkat dewasa. Banyak sebab aku tak nak cari yang lain, bukan sebab nak serasi je, tapi hati ni seolah-olah tak mengizinkan aku untuk mencintai yang lain, aku pun tak tau kenapa hati aku macam buat tembok pulak, tak boleh nak keluar dari tembok tu, hehe. Apa sebabnya masih aku mencari-cari lagi, tapi naluri aku kuat mengatakan yang satu hari nanti aku akan bersama juga dengan dia. Kadang² naluri ni betul juga tapi tak tau lah sejauh mana kebenaranyakan, masih jauh lagi perjalanan hidup aku ni, baru 20 di tahun 2010 ni.

Pernah juga aku nak melupakan si dia, sebab aku tak nak ada gangguan dalam kepala otak aku ni, tension oh putus cinta ni, macam² kerja gila aku nak buat, tapi Alhamdulillah iman didada masih kukuh. Semakin aku nak melupakan dia, semakin kuat kenangan lama mengamit kembali dalam otak ni, Semakin jauh aku nak lari dari dia, semakin dekat hati ingin bersama, aku buat macam² untuk lupakan dia, sampai buang dia dari "friends list facebook" aku, tapi masih tak berdaya nak melupakan cinta sejati ni, dan aku pecaya yang aku tak mungkin berjaya melupakan dia. Aku berubah menjadi seorang yang lebih matang & positif tak perlulah melupakan seseorang itu, anggaplah dia pernah membahagiakan dan menggembirakan diri ini. Sedangkan nabi menyuruh umatnya berbaik bukan bermusuhan supaya kuat ikatan silaturahim.

Perkara yang dah berlalu aku anggap sebagai kelemahan dan kesilapan aku sendiri, aku tak nak menyalahkan dia dalam hal ini, sebab aku pun sama je pernah juga melukakan hati dia, maafkan saya, awak. Manusia memang akan berubah dan alpa dengan apa yang ada didepan mata mereka, sehingga mereka kehilangannya baru lah mereka menyedari betapa berharganya apa yang ada didepan mata. Aku menghargai dia hari ini dan selamanya aku akan menghargai dia. Biarlah orang kata aku gila kan dia sebab takde sorang pun tahu betapa aku sangat² mencintai dia selama aku bersama dengan dia dan kini perasaan masih sama. Aku tak pernah peduli apa orang nak kata dengan aku, sebab sesetengah manusia memang dengki dengan kebahagian orang lain, manusia macam ni aku anggap setan bertopengkan manusia saja. Perpaduan yang kita mahukan bukan perpisahan.

Panjang juga, luahan hati kali ni heE, lagi sebulan kita semua akan menyambut tahun baru, 2011 umur aku akan meningkat dewasa, pemikiran pun aku harap lebih matang, apalah yang akan belaku 2011 kita semua takkan tahu, tapi apa yang aku harapkan tahun baru ini lebih baik daripada 2010. Di dalam percintaan aku tak mengharapkan apa², tapi jika di izinkan aku jatuh cinta dengan dia ataupun orang lain, aku berharap agar dapat mencintai dia sepenuh hatiku, menyayangi dia seperti nyawaku, menjaga dia hingga aku tak berdaya, setia hingga secebis perasaan tiada untuk yang lain, ikhlas, percaya, dan jujur, itu yang aku harapkan dapat aku lakukan. Walaupun aku tahu sekalian manusia tidak sempurna tapi aku akan cuba juga lakukan yang terbaik dan takkan pernah putus asa untuk berubah menjadi yang lebih baik.


Redha dengan ketentuanNya
Positifkan fikiran
Perbaiki diri sendiri
Perkukuhkan iman di dada
Percaya sesungguhnya cinta itu ada

k h a i r u l f i k r i s a a d




Sunday, November 21, 2010

Rasa Hati

Setiap malam aku selalu terfikir adakah keputusan yang aku lakukan ini betul untuk melepaskan dia. Terlalu pedih untuk aku kenang dan terlalu perit untuk aku simpan . Sehingga kadang-kadang aku mengalirkan air mata seorang diri memikirkan semua ini, semakin jauh aku lari daripada bayangannya semakin dekat aku rasa hatinya medekati diri ku, mungkin aku tidak tahu apa yang dia rasakan sekarang tapi naluriku dalam merasakannya. Semakin hari sikapku semakin Berubah, menjadi aku yang dulu, kerana aku rasakan perempuan semuanya sama tak pernah menghargai cinta, tapi aku bukanlah budak-budak yang berfikiran kolot sebegitu, kerana manusia bukanlah sempurna.

Banyak pengalaman yang aku dapat semasa bersama, cinta bersama mu telah banyak mengajar aku erti
Kesetian, Kejujuran, Kepercayaan dan Keikhlasan.

Aku pernah katakan agar dia mencari yang lain kerana aku bukanlah orang yang terbaik dan bukanlah orang yang dapat menggembirakan dirinya aku hanya tahu mengalirkan air mata bila dikecewakan, tetapi tersirat di lubuk hatiku inginkan dia sentiasa ada denganku temani hari-hariku. tapi mungkin kau tak mengerti isi tersirat ini sehingga ke hari ini aku masih menanti diri mu kerana kerinduan yang aku lalui ini teratas hidupku. Perlukah aku melalui perubahan ini selamanya dan menyatakan yang kau takkan mungkin kembali di dalam hidupku? Adakah ini pengorbanan? Melewati suka dan duka ku tanpa kehadiran kau lagi disisiku.


Bibir ini telah melafazkan PERPISAHAN darimu, tapi hati ini tidak!



Mengapa Kasih
Mengapa Sayang
Mengapa Chintaku

Mengapa kau tak ingin berubah, sikap kau telah menghancurkan 
Hatiku Jiwaku Hidupku .



Pernah dulu kau sinarkan cahaya dalam hidupku, mengalirkan cinta di dalam diriku, menghiasi alam fantasiku dengan angan-anganmu, keindahan itu semakin pudar sayangku, tiada lagi aku rasakan semua itu. Aku berharap agar kau akan menyedari semua ini bila kau mengerti erti CINTA sebenar.


Tuesday, November 9, 2010

Hari Lahirnya

terdamparnya aku di hospital selepas belakunya kemalangan yang hampir membuatkan aku maut, patah peha kiri, patah tangan kanan dan dahi terkoyak Alhamdulillah aku masih bernafas didunia ini.
maafkan sebab tak dapat meraikan hari bahagiamu sayang pada 8 Oktober.


Di hari lahirmu aku masih tak mampu berjalan meraikannya.
Di hari lahirmu aku masih tak mampu menabur kasih sayangku secukupnya untukmu.
Maafkan semua kelemahan diriku kasih.
Walaupun semua dugaan ini melewati hidupku kasih.
Masih aku mampu melahirkan semua ini untukmu.
Di hari indah ini dirimu dilahirkan di dunia yang penuh dgn pancaroba.
Keriangan , Kegembiraan , Kesedihan dan Kekecewaan menjadi teman.
Semua yang dilalui menjadi satu perjalanan hidup yang tak pernah kita tahu akhirnya.
Semoga dirimu menjalani hidup yang penuh dugaan ini dgn kesabaran dan ketabahan.
Semoga hari ini dirimu menjadi lebih matang daripada semalam.
Diriku sentiasa mengharapkan yang terbaik untukmu.
Harapanku untuk dirimu agar semua yang dirimu lakukan dimulakan dengan namaNya.
Semoga perjalanan hidupmu NOORUL ASYIKEEN SALLEH di rahmati.
Selamat hari lahir yang ke-20 daripada hati seorang kekasih.
Yang disirami kesetian , kejujuran , keikhlasan dan kepercayaan.

Setiap malam itu ditemani bintang dan bulan
Setiap hariku ditemani sayang dan cintamu.

Setiap pagi itu sentiasa disinari mentari.
Setiap cinta dan sayangku disulami keikhlasan hatiku.

Tulus dan Ikhlas
KHAIRUL FIKRI SAAD
yang baik datangnya dari Allah s.w.t
yang kurang datangnya dari diri ini sendiri
maafkan segala ketidak sempurnaan diriku.

Monday, November 8, 2010

D i a

siapa D i a??
************************************************************************************
seorang yang pernah bertahta dihati ini
seorang yang pernah membahagiakan hidup ini
seorang yang pernah aku rindukan kehadirannya dikala sepi
seorang yang pernah aku korbankan segalanya demi kegembiraannya


oh si dia! yang kini menjadi kenangan hidup yang terindah yang pernah aku jalani bersama. eyh aku bukan nak sedih² kat blog ni, cuma nak cerita tentang si D i a. sebab apa aku nak bercerita tentang D i a kerana beliau seorang yang sangat² aku hargai,
D i a yang bernama Noorul Asyikeen Salleh .


bagi aku kehadiran D i a dalam hidup ini sangat bermakna, walaupun kini D i a dah tak disamping aku, kerana setiap yang bersama pasti akan berpisah, mungkin takdir aku tak dapat lagi memberikan cinta padanya, tak mengapalah mungkin ada yang lebih baik untuk dirinya.


teringat hari pertama berjumpa dengan D i a di Politeknik Sultan Idris Shah, hari sabtu tarikh dah lupa oh sedih tapi bulan 8. tak apalah apa yang penting hari tu hari yang paling aku gembira dalam hidup, kali pertama jumpa hadoi mestilah hati ada goncang sikit haha, borak² kat tepi pantai best sangat ditiup angin yang agak² sepoi bahasanya huhu. balik tu boleh plak aku perdendangkan lagu dygta - aku sayang kamu, hahaha hati segan tapi belasah jelah walaupun tau suara ni tak berapa nak best. alooo sweetnya =.=' jgn perli yea hahaha


selama bersama dengan D i a banyak cerita yang telah terukir, pahit dan manis biasalah tu sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sesama kita, bergaduh dah jadi bahan mainan kami, tapi bukanlah selalu kami bergaduh kadang² ( ala p. Ramlee skit cerita belalang ) haha . perjalanan hidup ketika bersama D i a memang penuh dengan warna .


kenapa aku jatuh hati dengan D i a? mesti ramai akan sangka kerana kecantikan D i a. tapi bagi aku kecantikan bukan lah menjadi pilihan pertama aku, apa yang membuatkan aku jatuh cinta pada D i a, sebab beliau seorang yang ikhlas demi cintanya. bagi aku memilik keikhlasan cinta amat penting dari situ kita dapat lihat kejujuran ketika bersama. D i a yang selalu membuatkan aku tersenyum ketika sepi lahir dalam diriku. oh lagi satu D i a sanggup hidup dengan aku ketika susah dan senang hidup aku itu yang membuatkan aku lebih mencintai D i a dan menghargai kehadirannya dalam hidup aku.


masih segar dalam ingatan ni, pada 20 Ogos 2010, oh what a day! aku buat suprise kat D i a walaupun tak lah sesuprise mana pun, aku belikan D i a sebentuk cincin dan sejambak bunga ros merah dengan hasil kerja aku selama 2 bulan (gaji aku tak banyak), semata-mata nak gembirakan D i a, hari tu hari jumaat dan aku kerja half day hari tu sampai pukul 12. Balik dari kerja pergi solat jumaat lepas tu pergi cari bunga ros, 1st time belikan bunga untuk perempuan tak tau sebenarnya kat mana nak cari, hampir 2 jam cari bunga je, haha tapi sikit pun tak kesah, kalau untuk menggembirakan D i a tak pernah rasa lelah, lepas dah dapat bunga aku terus bertolak dari Kuala Lumpur ke Sabak Bernam tempat D i a belajar masa yang di ambil kira-kira 2jam 45minit nak sampai ke sana. aku sampai dalam pukul 6 petang, aku terus singgah rumah kawan aku jap taruk barang², mandi² kat rumah kawan jap terus pergi rumah sewa D i a dengan pakai kemeja putih bersama sebentuk cincin di dalam poket dan sejambak bunga. Hati ni bergetak wei hahaha tapi aku teruskan perjalan ke rumah sewa D i a, sampai depan rumah je aku call D i a suruh keluar rumah, jeng jeng jeng suprise. aloo muka D i a merah padam hiks3 kelakar sangat, aku tersenyum kat D i a
terasa gembira sangat² bila tengok D i a gembira, lepas tu aku ajak D i a ke tepi pantai kat Bagan Nakhoda Omar disitu aku menyarungkan cincin yang aku beli khas untuk D i a, cincin tu ada tulis "kyerul heart ekin". Itulah kisahnya pada 20 Ogos 2010.


 Dia yang mengubah aku untuk menjadi SETIA
dan kini Dia yang berubah.



a w a k



03/09/2010

AWAK, kadang-kadang awak tak perasan perbuatan awak tu buat saya tersinggung.

AWAK, awak rasa benda tu masalah kecil sebab awak tak dapat tengok besarnya luka kat hati saya.

AWAK, kalau awak rasa saya selalu buat awak sakit hati sebab saya bukannya malaikat saya manusia biasa, saya mintak maaf.

AWAK,  *saya risau , saya call . *saya cemburu , saya buat muka .  *saya rindu , saya jumpa .

AWAK, sedar tak betapa saya hargai semua yang awak lakukan tapi awak tak perasan sebab saya hargai awak melalui cinta saya.

AWAK, saya tak janji kalau awak sedih saya akan buat awak gembira tapi saya akan mengalirkan air mata temani awak.

AWAK, saya tak janji kalau awak pergi saya akan suruh awak pulang tapi saya akan ikut awak kemana saja awak pergi.

AWAK, kadang-kadang saya rasa saya je yang sayang awak sebab awak selalu endah tak endah je bila saya merajuk.

AWAK, mesti awak tak tahu betapa risaunya saya bila awak tak mesej saya masa awak dalam perjalan balik.

AWAK, mesti awak tak tahu hari-hari saya tengok gambar awak yang jadi teman di kala sepi menghampiri saya.

AWAK, mesti awak tak tahu yang saya selalu banggakan awak , awaklah yang terbaik walaupun orang cakap tak.

AWAK, saya tahu saya selalu buat awak menangis , sakit hati , marah , tapi awak tak tahu yang saya takde niat langsung nak buat macam tu.

AWAK, ingat tak lagi hari pertama saya keluar dengan awak, masa tu saya nyanyikan awak lagu "Karena ku Sayang Kamu".

AWAK, lagu tu saya ikhlas nyanyikan untuk awak sebab awak yang selalu buat saya rasa gembira walaupun kadang-kadang sedih ;) .

 AWAK, hari tu kita gaduh besar sedih hati saya, tak sangka saya buat macam tu kat awak, saya mintak maaf sangat awak ;(  .

AWAK, ego awak tinggi sangat kalah gunung everest tau tapi awak tak tahu cinta saya kat awak lagi tinggi dari ego awak ;D .

AWAK, bila saya tengok orang dengan pasangan masing-masing saya cemburu tapi saya fikir positif satu hari nanti kita akan sentiasa dekat sebab awak saya harap jadi teman hidup saya dan menjadi mama kepada anak-anak kita hee ^_^"

AWAK, bila kita jauh kita selalu gaduh kan tapi macam mana pun teruk kita gaduh nanti mesti saya call atau mesej awak sebab awak EGO hehe ;p .


AWAK, saya Sayang AWAK .



23/10/2010
AWAK, saya masih disini membaca semua ini dan mengarang lagi.

AWAK, kenapa awak putuskan saya? apa kurang saya awak.. ;(

AWAK, saya tak pernah tipu perasaan awak, saya sentiasa cintakan awak tanpa rasa jemu awak.. ;(

AWAK, awak tahu tak yang saya ada awak sorang je di hati saya tak pernah terlintas langsung nak cari pengganti awak, awakk.. ;(

AWAK, malam-malam saya dah tak mcm dulu awak, pagi-pagi saya pun awak, sebab awak dah tak bersama saya.. ;(

AWAK, awak rindu saya tak? sebab saya rindukan kehadiran awak dlm hati saya.. ;(

 AWAK, cinta ke lagi awak kat saya? sebab cinta saya sentiasa mengalir dalam hati dan akan sentiasa disitu awak..

AWAK, kenapa air mata saya mengalir, mungkin sebab saya betul2 sayangkn awak.. ;(

AWAK, mesti awak tak tau, bila saya tengok video kita, saya ketawa seorang diri, happy sangat saya rasa tapi.. hurmm rindunya.. ;(

AWAK, cuba awak baca semua komen kat gambar2 kita, rasa bahagia sangat.. saya rasa semalam lah yang paling bahagia sebab hari ini awak dah x bersama.. ;(

AWAK, ukiran cinta yang saya olah bukan untuk dipermainkan awak, saya ingin hiaskan ukiran ini didalam hati kita berdua menjadi teman saat sepi kita menghampiri, menjadi cahaya menerangi malam-malam kita, menjadi pelangi menghiasi di siang hari.

AWAK, masih ke awak pakai cincin yang saya beli tu? awak cincin tu saya beli untuk awak dan selama saya hidup itulah cincin yang pertama saya beli untuk cinta, saya ikhlas bagi awak, janganlah awak buang cincin tu sekali pun saya dah x di hati awak anggap lah itu pemberian sebagai seorang teman awak. ;(

AWAK, izinkan saya tahu apa yang awak rasa sekarang, dapat ke awak tidur pada malam awak? rindu ke awak kat saya setiap hari yang berlalu? izinkan saya awak.. ;(

AWAK, mungkin saya dah tak di hati awak, sebab itu awak dah x rasa simpati dengan saya, bukan saya nak simpati awak tapi saya nak awak  merasakan apa yang saya lalui sepanjang hidup ini.

AWAK, jaga diri sebab buat masa ni saya tak mampu nak jaga awak, tapi saya boleh teman awak hee :D bila2 je awak nak.. saya mengaku awak luaran saya gembira tapi dalaman saya sepi tanpa awak.. xpe saya cuba gembirakan luar dan dalam saya.. mcm awak, sentiasa gembira tanpa SAYA.. ;)

AWAK, hehe saya gurau je, saya tak mampu gembira tanpa awak.. awak yang ngok ngek, kepeng, gendut, papan, chentaku ;)

saya sentiasa tunggu awak kerna ku sayang kamu..