Wednesday, December 1, 2010

Yang Lain

C i n t a Itu Indah Dimiliki
&
Tidak Mungkin Dapat Dilupakan
*************************************
Ramai orang suruh aku cari cinta yang lain, ingat senang ke nak mencintai seseorang yang kita baru kenal, kalau dah lama kenal pun susah juga nak serasi, senang cerita nak mengukir satu cerita baru memang susah bila orang yang sebelum ni sangat² aku cintai & sayangi. Betullah orang cakap jodoh pertemuan Allah yang tentukan, tapi aku tak berharap untuk mencintai sesiapa buat masa sekarang, mungkin aku akan fokus pada pelajaran aku yang tak seberapa ni dulu, bagi aku cinta penting dan pelajaran juga penting, orang yang gila je rasa cinta itu tak diperlukan. Sedangkan Allah s.w.t menciptakan lelaki dan perempuan untuk saling mengasihi dan menjaga antara satu sama lain. Aku sebenarnya tak pernah terfikir langsung yang kisah aku ni akan berakhir juga, sedangkan aku impikan dia akan bersama dengan aku sehingga nafas terakhir aku, inilah takdir yang telah tertulis untuk kisah aku ini.

Perasaan macam ni tak pernah lagi aku rasakan sebenarnya, inilah yang pertama kali aku mencintai seseorang sepenuh hati aku, sebab selama ni tak pernah jumpa yang serasi, walaupun kadang² tak lah serasi mana aku dengan dia(noorul asyikeen salleh) heE, biasalah manusiakan mestilah berubah bila meningkat dewasa. Banyak sebab aku tak nak cari yang lain, bukan sebab nak serasi je, tapi hati ni seolah-olah tak mengizinkan aku untuk mencintai yang lain, aku pun tak tau kenapa hati aku macam buat tembok pulak, tak boleh nak keluar dari tembok tu, hehe. Apa sebabnya masih aku mencari-cari lagi, tapi naluri aku kuat mengatakan yang satu hari nanti aku akan bersama juga dengan dia. Kadang² naluri ni betul juga tapi tak tau lah sejauh mana kebenaranyakan, masih jauh lagi perjalanan hidup aku ni, baru 20 di tahun 2010 ni.

Pernah juga aku nak melupakan si dia, sebab aku tak nak ada gangguan dalam kepala otak aku ni, tension oh putus cinta ni, macam² kerja gila aku nak buat, tapi Alhamdulillah iman didada masih kukuh. Semakin aku nak melupakan dia, semakin kuat kenangan lama mengamit kembali dalam otak ni, Semakin jauh aku nak lari dari dia, semakin dekat hati ingin bersama, aku buat macam² untuk lupakan dia, sampai buang dia dari "friends list facebook" aku, tapi masih tak berdaya nak melupakan cinta sejati ni, dan aku pecaya yang aku tak mungkin berjaya melupakan dia. Aku berubah menjadi seorang yang lebih matang & positif tak perlulah melupakan seseorang itu, anggaplah dia pernah membahagiakan dan menggembirakan diri ini. Sedangkan nabi menyuruh umatnya berbaik bukan bermusuhan supaya kuat ikatan silaturahim.

Perkara yang dah berlalu aku anggap sebagai kelemahan dan kesilapan aku sendiri, aku tak nak menyalahkan dia dalam hal ini, sebab aku pun sama je pernah juga melukakan hati dia, maafkan saya, awak. Manusia memang akan berubah dan alpa dengan apa yang ada didepan mata mereka, sehingga mereka kehilangannya baru lah mereka menyedari betapa berharganya apa yang ada didepan mata. Aku menghargai dia hari ini dan selamanya aku akan menghargai dia. Biarlah orang kata aku gila kan dia sebab takde sorang pun tahu betapa aku sangat² mencintai dia selama aku bersama dengan dia dan kini perasaan masih sama. Aku tak pernah peduli apa orang nak kata dengan aku, sebab sesetengah manusia memang dengki dengan kebahagian orang lain, manusia macam ni aku anggap setan bertopengkan manusia saja. Perpaduan yang kita mahukan bukan perpisahan.

Panjang juga, luahan hati kali ni heE, lagi sebulan kita semua akan menyambut tahun baru, 2011 umur aku akan meningkat dewasa, pemikiran pun aku harap lebih matang, apalah yang akan belaku 2011 kita semua takkan tahu, tapi apa yang aku harapkan tahun baru ini lebih baik daripada 2010. Di dalam percintaan aku tak mengharapkan apa², tapi jika di izinkan aku jatuh cinta dengan dia ataupun orang lain, aku berharap agar dapat mencintai dia sepenuh hatiku, menyayangi dia seperti nyawaku, menjaga dia hingga aku tak berdaya, setia hingga secebis perasaan tiada untuk yang lain, ikhlas, percaya, dan jujur, itu yang aku harapkan dapat aku lakukan. Walaupun aku tahu sekalian manusia tidak sempurna tapi aku akan cuba juga lakukan yang terbaik dan takkan pernah putus asa untuk berubah menjadi yang lebih baik.


Redha dengan ketentuanNya
Positifkan fikiran
Perbaiki diri sendiri
Perkukuhkan iman di dada
Percaya sesungguhnya cinta itu ada

k h a i r u l f i k r i s a a d




19 comments:

  1. tq kecik~!! hahaha
    ;D
    rajin² lah yea membaca..

    ReplyDelete
  2. biasela org lain takkan paham dan tau ape yg kita rasa. cintailah apa yg ada di depan kita sebaik mungkin

    ReplyDelete
  3. siot de blog xbtaw aku!
    gggrrrrrr -.-
    follow blog aku gk!
    hahaha
    btw asl sampai 2 blog kau??

    ReplyDelete
  4. heE :D
    aku pown xtau yg ko ade blog..
    jap mcm mane ko jumpe blog aku nie??
    harian eyh silap hairan~!! :þ
    aku dh follow ^_^
    saje lah, dis blog untuk cinta jer..
    lagi satu universal.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Cinta bunga ia kan layu...
    Cinta harta ia kan hilang...
    Cinta manusia datang dan pergi...
    Cinta Allah kekal abadi...
    (^_^)

    ReplyDelete
  6. cintailah org yg cintai kite..anyway..bc entry ni teringat cinta lame..ecehh..

    ReplyDelete
  7. FH: hahahaha jgnlah ada gila, jiwang sudah heE :D

    CGI: betul² setuju sgt.. bilalah nak dptkan.. hurm..

    ReplyDelete
  8. tumpang lalu tuan tanah...nak promote sikit..hehehhe

    http://pena-pujangga.blogspot.com dan

    http://eddysyrol.blogspot.com

    tq tq tq..

    lawa blog ni. simple tp best!!

    ReplyDelete
  9. hahahaha~

    xde hal lah.. promote jer kat mane² nak.. ^.^
    neway terima kasih..

    ReplyDelete
  10. sdihnnye kisah cinta diee...tabahkan ht,muhasabahkan dri...insyaallah..

    ReplyDelete
  11. hee :)
    terima kasih nur nabila..
    dah tabah pun skang hehe

    ReplyDelete
  12. cinta kepada pencipta kita adalah sebuah cinta yang sangat hebat.. hargai cinta itu kerana jika kita hilang cinta manusia,masih ada yang lain untuk memberi cintanya,tetapi jika kita hilang cinta pencipta kita,maka hidup kita tidk bererti lgi..
    >_<

    ReplyDelete
  13. wahhh ! again~ same same lagi. nak share nak share . hee ;)

    ReplyDelete
  14. Putus cinta rasa macam nak mati wooooo.tambah2 dia flirt dgn org lain T.T

    ReplyDelete
  15. memang susah nk lupakan org yg kita dah suka sgt3 kan,,tuhan je tahu perasaan kita mcm mana..
    nk diluahkan pada rakan,,tak kan sama dan tak kan ubah apa2 pun. juz ringankan beban hati kita sikit.tuhan lah tempat kita nk mengadu segala dan tempat memohon kekuatan agar kita tabah tempuh kehidupan. yer,, ambil masa pulihkan hati..
    semoga awk jumpa jodoh awk nanty..
    jodoh yg kekal dunia dan akhirat adalah yg terbaik ! :")

    *omg,,sorry,, terserius sgt plak bile msok feeling2 nie,,huhu..blog nie buat fie rase nk nanges plak,sob sob,,dgn lagu dye :'(
    ehh,,chill ! kenangan ttp knagan kan ! keep moving on,, huhuh :')

    ReplyDelete
  16. emm....sedey gk la bace....jiwang sgt ni...huhu

    ReplyDelete